Residential Tenancy Act Offers A Win-Win Formula To Tenants And Landlords | Malaysian Institute of Estate Agents

Residential Tenancy Act Offers A Win-Win Formula To Tenants And Landlords

2020-12-18

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, menyarankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan tribunal bagi menyelesaikan masalah perkauman dalam pasaran sewaan hartanah.

Rajiv juga berkongsi pengalaman peribadinya mengenai diskriminasi oleh pemilik hartanah yang enggan membenarkan dia melihat aset mereka hanya kerana dia berketurunan India.

Dalam sidang media secara dalam talian pagi tadi, Rajiv berpendapat tribunal tersebut akan memberi mekanisme penyelesaian yang cepat dan berpatutan kepada pemilik serta penyewa sekiranya pertikaian timbul.

"Tribunal tuan rumah-penyewa akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tuan tanah dan penyewa. Bukan saja mengenai sewa yang belum dibayar tetapi juga masalah yang mungkin dihadapi penyewa, seperti jika pemilik kediaman enggan memperbaiki tandas yang rosak atau bumbung bocor.

 

"Rungutan ini tidak semestinya harus melalui proses pengadilan yang panjang, yang merupakan satu-satunya jalan keluar undang-undang yang dimiliki orang sekarang," jelasnya.

Kata Rajiv, dia berpendapat pengadilan seperti itu adalah "cara praktikal" untuk menangani masalah pemilik mendiskriminasi penyewa berdasarkan kaum.

"Saya percaya ini akan memainkan peranan besar dalam menjauhkan kita daripada profil perkauman dalam hal harta tanah.

“Setelah pelanggaran kontrak ini dapat ditangani dengan mekanisme yang mudah dan dapat diakses oleh semua orang, maka pemilik hartanah akan berada dalam posisi yang lebih baik untuk tidak perlu menggunakan profil perkauman dan mereka dapat lebih selesa membuka (menaikkan sewa mereka) ke semua orang,” katanya.

Muktahir ini, banyak pengalaman berkaitan isu melibatkan latar kaum dalam pasaran hartanah dibangkitkan dengan etnik minoriti sering menyuarakan masalah diskriminasi oleh pemilik yang enggan menyewakan rumah kepada mereka.

Bagaimanapun, kajian yang dibuat oleh penganalisis perniagaan Pingalayen Rabinthra Kumar terhadap sebuah laman web hartanah popular mutakhir ini menunjukkan ia bukan sekadar bersifat anekdotal.

Berdasarkan maklumat daripada laman penyenaraian hartanah popular iBilik.com, Pingalayen, 24, mendapati hampir separuh daripada iklan sewaan bilik pada 19 Oktober dengan jelas menunjukkan pemilik mendiskriminasi penyewa berdasarkan kaum.

Di iBilik, pemilik atau ejen boleh menanda pilihan Melayu, Cina, India, dan "lain-lain" bagi kaum penyewa pilihan mereka. Pemilik atau ejen juga boleh menyatakan jika cenderung kepada penyewa yang "mesra Muslim".

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pandangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk maklum balas.

ADVERTISEMENT