Tiada tempat bagi broker haram | Malaysian Institute of Estate Agents

Tiada tempat bagi broker haram

2018-10-22

KUALA LUMPUR -  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan  untuk menangani isu broker haram.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata adalah menyedihkan kerana tidak seorang broker haram telah dibawa ke muka pengadilan.

"Saya bimbang broker seperti itu bebas menjalankan operasi mereka secara haram mengakibatkan orang ramai ditipu atau tidak diberi perkhidmatan yang sewajarnya," kata beliau pada Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah Hartanah Kebangsaan di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah.

Zuraida berkata oleh kerana ia isu berkaitan perumahan, beliau sedia berbincang dengan pihak-pihak berkaitan tentang cara terbaik untuk menangani masalah itu bagi memastikan industri hartanah dilindungi.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa...tiada tempat untuk broker haram," kata beliau. - Bernama

ADVERTISEMENT