Kemukakan 'REN Tag' sebagai bukti Perunding Hartanah berdaftar dengan Firma Perunding Hartanah | Malaysian Institute of Estate Agents

Kemukakan 'REN Tag' sebagai bukti Perunding Hartanah berdaftar dengan Firma Perunding Hartanah

2019-07-28

PETALING JAYA - Orang ramai perlu mengenal pasti perunding hartanah yang sah dan diperakui bagi mengelak berlaku sebarang penipuan ketika berurusan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan perunding hartanah perlu mengemukakan Tag Perunding Hartanah atau "REN Tag", sebagai bukti individu tersebut telah berdaftar dengan Firma Perunding Hartanah.

Beliau menjelaskan ketika ini terdapat banyak individu yang tidak mempunyai tag tersebut menjalankan urusan pemasaran projek bagi pihak pemaju terutama di pusat-pusat membeli belah.

Beliau berucap sempena Majlis Makan Malam dan Anugerah Hartanah Kebangsaan 2019 anjuran Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) di Petaling Jaya.

Ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Dr. Alauddin Sidal.

ADVERTISEMENT