BNM mahu respons pemohon moratorium bersasar | Malaysian Institute of Estate Agents

BNM mahu respons pemohon moratorium bersasar

2020-09-10

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menjalankan kaji selidik dalam talian membabitkan pemohon bantuan pembayaran semula bersasar.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, kaji selidik berkenaan akan digunakan untuk memaklumkan pengguna perbankan mengenai keperluan bantuan dalam tempoh yang mencabar ini.

"Jawapan mereka akan dirahsiakan oleh BNM dan tidak akan dikongsi dengan pihak lain termasuk institusi perbankan tanpa persetujuan, seperti yang diperuntukkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010," kata BNM.

Kaji selidik itu boleh dipenuhi oleh individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui https://forms.gle/WkpHjCqKAnyfa9L69 (untuk PKS) atau https://forms.gle/DBjms9g9wyYK5QYT9 (untuk individu).

ADVERTISEMENT